+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3

Thread: Duit syiling baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Januari 2012
      

  1. #1
    Join Date
    14 Jul 2011
    Location
    Johor Bahru, Johor
    Posts
    743
    Thanks
    10
    Thanked 33 Times in 9 Posts

    Duit syiling baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Januari 2012

    gambar duit syiling baru baharu malaysia 2012

    Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baru akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari ini.

    Bank pusat dalam satu kenyataan di sini berkata orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baru ini melalui urus niaga biasa mereka.

    BNM berkata duit syiling baru ini adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.

    Duit syiling sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

    BNM berkata bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baru ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai telah diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka agar boleh menerima duit syiling baru ini.

    Bertemakan 'Keunikan Malaysia', reka bentuk duit syiling siri baru ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara.

    Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

    Denominasi duit syiling siri baru ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan lebih kecil serta ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

    "Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui denominasi yang berlainan," kata bank pusat itu.

    Ia berkata reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

    Selain itu, BNM berkata duit syiling baru ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

    Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

    Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baru ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03-2698 8044 di sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my. - Bernama

  2. #2
    Join Date
    13 Sep 2011
    Location
    * atas sofa empuk *
    Posts
    104
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    zatie nk simpan lah duit syiling yg skrang nie. nnti2 mesti susah nak jumpa dah.

  3. #3
    Join Date
    24 Jan 2012
    Posts
    12
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    owh.. igtkan duit kertas jer ader yg baru.. syiling pon ade gak rupanye
    Insanely bored with myself.....

+ Reply to Thread

Similar Threads

  1. Gambar duit baru RM6
    By wmhafiz in forum Lawak Jenaka
    Replies: 2
    Last Post: 24-01-2012, 11:44 PM
  2. Replies: 0
    Last Post: 28-12-2011, 10:21 AM
  3. Duit kertas dan syiling Malaysia 2012 yang baru
    By wmhafiz in forum Sembang Umum
    Replies: 2
    Last Post: 23-12-2011, 10:46 AM
  4. Bantuan rakyat RM500 diagih Januari 2012
    By wmhafiz in forum Sembang Umum
    Replies: 0
    Last Post: 13-10-2011, 10:09 AM
  5. Hanya logo Jakim mulai 1 Januari
    By wmhafiz in forum Sembang Umum
    Replies: 0
    Last Post: 29-09-2011, 10:37 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts