Tonton Siaran Langsung Solat Terawih Dari Masjidil Haram Di Youtube

tonton siaran langsung live solat terawih masjidil haram mekah youtube

Hari ini genaplah 20 hari kita sebagai umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan.  Selain dari ibadah puasa yang dilakukan pada siang hari, ibadah yang dapat kita lakukan dalam bulan yang mulia ini adalah Solat Terawih. Apatah lagi pada 10 malam terakhir ini, kita digalakkan untuk menambahkan ibadah bagi mendapatkan ganjaran Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Jika anda berjaga malam pada hari-hari terakhir Ramadhan ini, ambillah peluang untuk menonton Solat Terawih dari Masjidil Haram, Mekah yang disiarkan secara langsung (live) menerusi MakkahLive Youtube channel . Bukan Solat Terawih sahaja, tetapi solat Hari Raya Aidilfiri dan Aidiladha serta solat lima waktu yang lain juga boleh anda tonton. Bahkan kita boleh menonton setiap saat di Masjidil Haram; 24 jam sehari di Youtube channel ini.

Anda boleh menonton siaran langsung Solat Terawih dari Masjidil Haram, Mekah menerusi video dibawah atau terus ke Youtube channel berikut : http://www.youtube.com/MakkahLive. Solat Isyak di sana bermula sekitar pukul 8.55 malam ( 1.55 pagi waktu Malaysia) diikuti dengan siaran langsung Solat Terawih sekitar pukul 9.25 malam (2.25 pagi Waktu Malaysia).

Jika tidak di Youtube, anda masih boleh menonton siaran langsung Solat Tarawih dari Masjidil Haram di TV 1 pada tiap-tiap malam bermula pada pukul 2.30 pagi.

Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet dan +1 dibawah.

About the author

wmhafiz wmhafiz merupakan pengasas Forum Kelab Webmaster iaitu sebuah forum komuniti online berbahasa Melayu untuk ahli-ahli berbincang dan berkongsi maklumat mengenai dunia webmaster dan blog. Penulis amat meminati semua perkara yang berkaitan dengan komputer, gajet, games dan Internet.

Posted in Youtube | 2 Comments

2 Responses to Tonton Siaran Langsung Solat Terawih Dari Masjidil Haram Di Youtube

  1. Wan says:

    Dah tonton, memang menakjubkan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge