Spesifikasi & Harga Rasmi Sony Xperia miro Di Malaysia

smartphone sony xperia miro specifications latest price harga terkini review malaysia

Minggu lalu, Sony Mobile Communications telah mengumumkan model baru telefon pintar (smartphone) keluaran syarikat tersebut iaitu Sony Xperia miro. Telefon pintar berbajet rendah ini menawarkan  penyepaduan pengalaman sosial Facebook kepada penggunanya.

Spesifikasi Sony Xperia miro

Sony Xperia miro dikuasakan oleh pemproses Qualcomm 800 MHz Cortex-A5, RAM sebesar 512MB dan memori dalaman (internal memory) sebesar 4GB. Telefon pintar ini turut menyokong penggunaan kad microSD sehingga 32GB sekiranya pengguna memerlukan ruangan storan tambahan. Xperia miro ini didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi (OS) Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS).

Skrin sesentuh LED-backlit LCD pada Sony Xperia miro ini bersaiz 3.5 inci dengan resolusi paparan 320 x 480 piksel (165ppi) dan ianya dilindungi oleh gelas tahan calar (scratch-resistant glass).

Sony Xperia miro ini juga turut menggunakan teknologi audio xLoud Sony bagi menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan tajam.

Xperia miro mempunyai kamera belakang dengan resolusi 5 Megapiksel beserta dengan fungsi autofocus dan flash LED. Rakaman video pada kualiti VGA dengan kepantasan 30 frame per second (fps) juga boleh dilakukan menggunakan kamera ini. Xperia miro turut mempunyai kamera hadapan dengan resolusi VGA untuk tujuan panggilan video.

Telefon pintar ini mempunyai dimensi bersaiz 113 x 59.4 x 9.9 mm (panjang x lebar x tebal) dan seberat 110 gram termasuk bateri. Bateri Li-ion untuk Xperia miro ini berkapasiti 1500 mAh.

Sony Xperia miro ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu hitam (black), putih (white), hitam/merah jambu (black/pink) dan putih/emas (white/gold).

smartphone sony xperia miro colour malaysia

Harga dan Tarikh Sony Xperia miro Dipasaran

Sony Xperia miro akan mula dijual di pasaran Malaysia pada 7 Oktober 2012 (Ahad) nanti. Harga runcit (retail price) bagi telefon pintar ini adalah RM699. Dan untuk tempoh yang terhad, pengguna akan mendapat kad microSD 4GB dan CTIA stereo headset bernilai RM115 bersama-sama dengan pembelian Xperia miro ini.

Video Sony Xperia miro di Youtube :

Maklumat lanjut mengenai Sony Xperia miro boleh didapati menerusi link berikut : http://www.sonymobile.com/global-en/products/phones/xperia-miro

Baca juga : Spesifikasi & Harga Rasmi Sony Xperia tipo dual Di Malaysia

Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet dan +1 dibawah.

About the author

wmhafiz wmhafiz merupakan pengasas Forum Kelab Webmaster iaitu sebuah forum komuniti online berbahasa Melayu untuk ahli-ahli berbincang dan berkongsi maklumat mengenai dunia webmaster dan blog. Penulis amat meminati semua perkara yang berkaitan dengan komputer, gajet, games dan Internet.

Posted in Android, Gajet | 33 Comments

33 Responses to Spesifikasi & Harga Rasmi Sony Xperia miro Di Malaysia

  1. hayati ahmad says:

    Saya dah beli satu smalam…memang best giler2….

  2. Hazwani Suri says:

    Sy pn dh bli jg xperia miro..memang best sgt2..;-)

  3. Bievy Wiwin says:

    sekarang harga sony xperia miro nie berapa ye

  4. farahzela says:

    salam hafiz,fara nak tanya sebelum beli nih…fara google2 ada menyatakan xperia apa2 pun mang tak leh 3g tapi boleh guna skype utk 3g betul ke??

    • wmhafiz says:

      Salam.

      Tak silap saya, semua Xperia boleh 3G sekarang walaupun yang entry-budget, so bolehlah guna Skype via 3G. Sorry kalau tak menjawab soalan sebab soalan fara tu tak saya tak faham sangat, hehe.

  5. yaakob says:

    saya ada tinjau2 nak beli satu… tapi saya tak faham apa beza ori dgn AP tu.. maksudnya yg AP tu camner ye

    • wmhafiz says:

      Beza utama antara set ori dengan AP nie dari segi warranti jer. Set ori, kalau handphone ada problem, kita boleh hantar kat mana2 Sony Service Centre di Malaysia. Tapi kalau set AP, ada problem, kena hantar handphone tu kat kedai yang kita beli tu lah.

      Lagi satu, set AP nie selalunya beberapa ratus ringgit lebih murah berbanding dengan set ori. Yang lain2 tu, sama jer antara kedua2nya.

  6. Calvin Tam says:

    What is the difference between Ori and AP ?

  7. nurul says:

    assalamua’alaikum,..maaf saya nak tanya…kalau sy nak jual hp nokia 500…
    agak2 brape yee yg akan sy dpt..??
    then,.sy terpikir nak bli sony xperia miro nie…

  8. bulan says:

    salam .saya nak tanya,, saya baru jer guna hp miro ni , tp skg ada prob satu jer, kenapa kamera kedua tk ada ek ? tp kdg2 ada , kdg2 langsung tk bole buka cameranya , system suruh format blk. tk faham kenapa, tlg bantu saya bole tk mcm mana nk satel prob ni .

    tq~

  9. AMAL says:

    salam….kalau kita nak beli dan nak tahu ori ke AP mcm mane ek…..sy nak beli kat tesco

    ampang,xperia miro,harganye rm 650….tp rasa takut bila nak beli nanti…..cuma nak tahu..

    macam mana nak kita kenal pasti sama ada phone tu ori atau ap?

     

  10. kin says:

    salam, sy nk tnye xperia miro ni sesuai x utk heavy sms user? sy jenis slalu msj almost 24 hrs..tp bkn la 24 jam tu msj je.

  11. wmhafiz says:

    @AMAL

    Salam. Ada 2 cara mudah untuk tahu phone tu set ori atau AP.

    1. Check no IMEI. Nak check, dail *#06#. Untuk set ori, nombor IMEI akan sama dengan yang terdapat kat kotak phone tu & pd slot bateri.

    2. Dari segi warranty. Set ori, kalau phone rosak, kita boleh hantar ke mana2 Sony service centre di Malaysia. Set AP, kita boleh claim warranty di kedai tu sahaja.

  12. wmhafiz says:

    @kin

    Setakat untuk sms, Xperia miro ni mmg takde masalah.

    • kin says:

      salam, nk tnye npe ble sy cek no IMEI xsme? klu set AP mmg x sama ek no IMEI ngan kt kotak die? kt kotak 35575705-117351-2, ble cek kt fon no IMEI die 355757051087399

      • wmhafiz says:

        Salam.

        IMEI utk set AP ni ada yang sama, ada yang tak dengan kotak tu. Tengok pada nasib.

        IMEI berbeza pada phone dengan kotak hal biasa pada set AP. Tak perlu risau. Yang penting, kin boleh claim warranty dari kedai tu dah cukup.

  13. kin says:

    boleh sy tau harga pasaran utk miro skang ni bpe ye? ade blog yg ckp rm599. tp ble sy g kedai hp aritu mostly rm620++. sy tpksa bli phone sbb phone sy ilang sbtu lepas..syg btul..lg satu kt mane yg kite leh tebus rebate rm200 tu ek?

     

  14. Scha says:

    harga pasaran xperia miro sekarang berapa ye?

    • k says:

      sy bru bli hp ni last week. kena pndai cri tmpt, ade yg murah n mahal. setakat ni xjmpe lg kedai yg offer bwh rm600. kdai yg sy pegi ni bg rm600 utk 4gb memory. tp die offer sy rm620 utk 8gb memory, diamond screen protector, pouch open casing n earphone tp bkn sony pnye earphone sbb sy bli set AP.

  15. Aqeela says:

    As ‘salam . Skrg harga Xperia Miro ni brapa ye ? Dkat blog , ada yg ckap RM 699 . Ada juga yg ckap RM 599 . Mana satu yg btul sbnrnya ni ?

    • wmhafiz says:

      Salam. Harga RM699 tu masa phone nie baru dijual di Malaysia pada tahun lepas. Sekarang, harga official Xperia Miro ni RM599.

  16. adiey says:

    Antara xperia miro dan xperia tipo yg mna saudara rasa lebih baek

  17. aira says:

    salam. saya nk tnya, skrg ni klau sy nk jual sony xperia miro set ori + 16gb memory card + earphone and casing, ada waranti kira fullset lah(bru guna bbrpa bulan). brpa hrga yg sy ptut letak ya? tq^^

  18. nurul says:

    salam..sy nk tanya… sy tgh cari smartphone yg bleh bg imej gmbr yg cntik, jelas dan warna yg mnarik..antara xperia miro dan xperia go, mana satu lbh baik..tq

  19. yatt ibrahim says:

    salam..sy guna xperia miro..bru bberapa bulan pakai,speaker dye mcm rosak..bila panggilan masuk..mula2 sound nye ok..tp selang 2 3 saat..speaker dye berubah mcm kne tindih bantal…kenapa ye??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge