[Baca Juga ] : Spesifikasi dan Harga | Apple iPad Generasi Ke-4 (4th Generation) Dilancarkan Secara Rasmi
Awal pagi tadi, Apple telah melancarkan tablet terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu Apple iPad mini. Ianya hadir selepas iPad generasi ke-3 dilancarkan pada awal tahun 2012 yang lalu. Adakah tablet ini berbaloi untuk dimiliki? Mari kita lihat.
Spesifikasi Apple iPad mini
Tablet ini dikuasakan oleh pemproses Apple Dual-core A5, sama seperti yang terdapat pada iPad 2. Dengan RAM bersaiz 1GB, pasti ianya akan memberi kelancaran sewaktu menggunakan gajet ini nanti. Ianya juga menggunakan sistem operasi iOS 6 yang terkini.
Apple iPad mini dilengkapi dengan skrin LED bersaiz 7.9 inci dengan resolusi 1024 x 768 piksel (163 ppi). Tidak seperti iPad biasa, skrin pada iPad mini ini tidak mempunyai paparan Retina display.
Terdapat 3 pilihan saiz storan yang ditawarkan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Apple iPad mini dijual di dalam versi WiFi sahaja atau WiFi + Cellular (3G + 4G LTE).
Sama seperti Apple iPhone 5, iPad mini ini turut dilengkapi dengan port penyambungan Lightning. Untuk model WiFi + Cellular pula, ianya turut menyokong penggunaan kad Nano-SIM.
iPad mini dilengkapi dengan kamera belakang (iSight Camera) 5 Megapiksel yang juga turut mampu merakam video pada kualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya (Facetime HD Camera) pula berolusi 1.2 Megapiksel dan panggilan video boleh dibuat pada kualiti HD 720p.
Apple iPad mini ini mempunyai saiz yang berdimensi 200mm x 134.7 mm x 7.2mm (panjang x lebar x tebal). Saiz yang cukup selesa walau dipegang dengan sebelah tangan sekalipun. Dengan kerangka yang diperbuat dari aluminium, berat tablet ini pula hanya 308 gram untuk model WiFi dan 312 gram untuk model WiFi + Cellular. iPad mini akan dikuasakan oleh bateri lithium-polymer 4,490 mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam dengan penggunaan WiFi atau sehingga 9 jam dengan penggunaan Cellular.
iPad mini akan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam (Black & Slate) dan putih (White & Silver).
Senarai penuh spesifikasi Apple iPad mini ini boleh didapati menerusi link berikut : http://www.apple.com/ipad-mini/specs/
Tarikh dan Harga iPad mini Dipasaran
Harga untuk model WiFi :
- 16GB – US$329 (sekitar RM1,010 di Malaysia)
- 32GB – US$429 (RM1,310)
- 64GB – US$529 (RM1,610)
Harga untuk model WiFi + Cellular :
- 16GB – US$459 (sekitar RM1,405 di Malaysia)
- 32GB – US$559 (RM1,710)
- 64GB – US$659 (RM2,010)
Apple iPad mini akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 2 November 2012 nanti. Belum ada pengumuman rasmi bilakah iPad mini ini akan dijual di Malaysia pula buat masa ini.
Video Iklan (Ads) iPad mini di Youtube
Dengan harga permulaan yang tidak kurang dari RM1,000, mungkin ianya tidak ‘mini’ seperti yang diharapkan oleh para peminat terutama untuk kita di Malaysia ini. Tetapi memandangkan ianya adalah produk Apple, saya pasti iPad mini ini tetap akan laris seperti pisang goreng panas nanti. Setuju?
Sukakan info ini? Kongsikannya dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet dan +1 dibawah.



iPad Mini ni agak bagus aku tengok cuma mahal sikit, dalam Apple event tu, aku lebih berminat dengan iPad with retina display tu
Post terkini di blog lewisdotmy : iPad With Retina Display (iPad 4th Generation)
Produk Apple kalau harga tak premium memang tak sah, hehe.
bpe harga ipad mini 4g yg sbnrnye n btol ke ipad mini xde bluetooth??
harga yang agak menarik. untuk pasaran Malaysia maybe bulan 12 atau 1 nanti agaknya
Post terkini di blog Amirez : Lelaki ini Jalan Kaki Sejauh 5,700Km untuk Tunaikan Haji
Untuk peminat Apple kat Malaysia, lagi awal lagi bagus.
saiz besar sikit dari note 2 ek..macam ok jugak..harga pun boleh tahan.
Post terkini di blog hafizrahim : Adam Dan Hawa Full Episode (Episod Penuh)
A’ah besar sikit. Skrin iPad mini nie pon lagi besar kalau nak compare dengan Google Nexus 7 atau Kindle Fire HD 7 inci.
masih tak mampu lagi nak beli..
Post terkini di blog titan : Komisen ke 96 dari TNX
Insyaallah 1 day nanti akan mampu.
pasti peminat apple tak sabar nak mendapatkannya kan
Post terkini di blog puteri kasih : WW : Pelik Dan Unik Tapi Benar
Puteri tak minat ke? hehe.
harga Ipad mini ni memang menarik.. Tentu ramai yang ternanti-nati kemunculannya di Malaysia..

Post terkini di blog Anuar : Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..
Sudah pasti.
“Pisang Goreng Panas” ye bang
Setakat ni dah ada 2 iPad (1-Ipad 2-3G dan satu lagi newiPad-4G (3rd Gen), sanggup tunggu iPadmini dan tak mau beli Notes Korea (saya tak minat Korea ok) tu ha ha
Dah ada 2 iPad tu, trylah Notes pulak, hehe.
minat sgt dgn apple..haritu hampir2 nk beli ipad 2..tp beli g.tab pulak..skng rse nk beli ipad mini pulak..haiss..bila la dpt rasa gne brg apple..hihi..mintak2 ipad mini ni x mahal sgt..
iPad mini masuk market Malaysia nanti, bolehlah beli. Jangan beralih arah pulak.
Bro, release date bile ek??
Officially saya tak tau bila.
bestlah ipad mini ni…agak2 kat mesia ni akan turun harga tak? mcm mahal sangat pulak…
Susah nak kata lah harga akan kurang dari ni ke tak sebab produk Apple memang harga premium sikit berbanding brand lain.
Memang menarik. Ada rezeki angkat satu untuk test apps. Jadi app developer tak bleh fanatic sgt dgn satu pihak sajer. Terpaksa test app pada device yg pelbagai. Lagi2 Web developer. So Kalu Ada device yg dijangka menjadi piIihan ramai kena beli utk buat testing. TerpakSa lor…
Yup2, betul tu Khirulnizam. App developer memang kena ada testing device untuk pelbagai platform sekarang nie. Apps kalau boleh penetrate semua platform is always better.
betol ke ipad mini ni ada android??????????
iPad mini guna iOS jer, bukan Android.
Sye pminat brangan apple..
Sye rase hargenye xde la mahal sngat.. Hrge nie brpatutan ar..
Cme skrng mslahnye bile la apple malaysia nk lunching ipad mini nie..
X sabar plak nk gune.. Dulu prnh gune ipad 2,, xslesa d gune coz besar sngat..
Skrng da ade mini kn best..
Lmbatnye la mase blalu.. Hehe ..
Untuk peminat Apple, harga memang tak akan jadi masalah, hehe. Maybe awal 2013 kot iPad mini nie akan dipasarkan kat Malaysia officially.
Untuk peminat Apple, harga memang tak akan jadi masalah, hehe.
Maybe awal 2013 kot iPad mini nie akan dipasarkan kat Malaysia officially.
Best tol ipad mini ni..senang d bawa kemana2….kpd peminat aPple mmg rugi klau xbli…Ia mcm ipad 3 cma mini ni lg senang pegang n bawa bersama…..peach!!!!!
Australia ni product APPLE mmg paling org2 kt cni gilakn…masing2 ingin mnjadi org yg terawal memiliki product tersebut…sy yg dulu xminat barangan apple(sbb mahal) skg ni dh jd hobi mengumpul product apple…alhamdulillah rezeki dr allah swt utk sy stakat ni ipad 1 n 3, iphone 5, macbook pro dan terbaru mini ipad 32gb wifi+selular…rezki drNYA..amin
Sy check dkat peniaga telefon bimbit di Low Yat harga iPad mini wifi+cellular 32 GB for RM 2,450/- Dan 64GB for RM 2, 800/-.. Hmmmm beza plak dgn info ni…
alaaaaaaaaaaaa . .ta de android ke ?? baru2 ni member sy baru tempah mybe dlm next week baru sampai kot . . .sy sruh dye try gne dulu . .kalo oke mybe sy akan pertimbangkan . .mcm best je . .