[Update] : Spesifikasi dan Harga | Apple iPad mini Dilancarkan Secara Rasmi
[Baca Juga ] : Spesifikasi dan Harga | Apple iPad Generasi Ke-4 (4th Generation) Dilancarkan Secara Rasmi
Apple iPad Mini belum lagi dilancarkan kepada umum, tetapi harga gajet tersebut telah pun tersebar di Internet. Laman MobileGeeks telah memaparkan imej senarai harga bagi iPad Mini yang akan dijual untuk pasaran Eropah nanti. Senarai harga tersebut diperolehi dari sistem inventori Media Markt Saturn, iaitu peruncit yang mempunyai 70,000 kakitangan dan mempunyai 18 buah kedai di Eropah dan Asia. Jadi berapakah harga Apple iPad Mini itu nanti?
Dari imej dibawah, dapat dilihat Apple iPad Mini nanti akan ditawarkan dalam 4 pilihan saiz storan iaitu 8GB, 16GB, 32GB dan 64GB. Setiap model ini tersedia di dalam versi Wifi sahaja atau Wifi dan 3G, menjadikannya 8 model yang boleh dipilih oleh pelanggan nanti.
Harga Apple iPad Mini
- iPad Mini 8GB (Wifi) – €249 (sekitar RM987 di Malaysia)
- iPad Mini 16GB (Wifi) – €349 (RM1,384)
- iPad Mini 32GB (Wifi) – €449 (RM1,779)
- iPad Mini 64GB (Wifi) – €549 (RM2,175)
- iPad Mini 8GB (Wifi + 3G) – €349 (sekitar RM1,384 di Malaysia)
- iPad Mini 16GB (Wifi + 3G) – €449 (RM1,779)
- iPad Mini 32GB (Wifi + 3G) – €549 (RM2,175)
- iPad Mini 64GB (Wifi + 3G) – €649 (RM2,572)
Apple iPad Mini nanti akan dijual dengan 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih.
Harga tersebut bolehlah dijadikan rujukan buat sementara waktu ini memandangkan produk elektronik di Eropah dikenakan cukai yang tinggi, berkemungkinan harga sebenar iPad Mini itu nanti adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dipaparkan diatas. Harganya yang sebenar nanti juga haruslah kompetitif bagi bersaing dengan Google Nexus 7 ataupun Kindle Fire HD.
iPad Mini merupakan model iPad dengan skrin bersaiz 7.85 inci yang dijangka akan diumumkan oleh Apple pada 23 Oktober nanti.
Sama-samalah kita nantikan.
Sumber : GigaOM
Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet dan +1 dibawah.


Menarik ni. Harap harganya cukup menarik untuk bersaing dengan Nexus 7!
Post terkini di blog Encik Anif : Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin – Persiapan
Harapnya begitulah.
harap harganya lebih murah dari ini
Post terkini di blog Lewis : iPad Mini Longer Battery Life (Bateri Tahan Lama)
Memang mengharapkan macam tu. Tapi selagi ianya adalah Apple, memang susah nak jangka dari segi harganya tu
pastinya peminat apple akan mengharapkan harga yang lebih rendah nanti
Post terkini di blog puteri kasih : WW : Dalam Pasu Pun Jadilah
Sudah semestinya.
mesti ramai yg minat nak beli, lagi2 Apple Fanboy
Post terkini di blog Amirez : Impian 3 Tahun Akan Datang
Yang tu memang confirm untuk peminat Apple.
The price was quite surprising . Then I thought maybe this one of the Apple Marketing strategy. Will grab it for sure
iPad mini is officially launch now. The announced price is much cheaper than this.
hrap2,.!!! cpat2 la smpai d mlysia,xsbar sya,p prce dia xbe loOw ka lgi,heee…
Harga dia dekat US memang lagi murah kalau nak banding dengan harga kat atas tu.
Bro boleh baca kat entry ni :
http://www.kelabwebmaster.com/blog/spesifikasi-dan-harga-apple-ipad-mini-dilancarkan-secara-rasmi.html
baru juga dilancarkan di malaysia, mesti ramai yang dah beli!
Ade jual ipad yang murah tk
selain name apple