Harga & Spesifikasi | Samsung Galaxy S3 Mini Diumumkan Secara Rasmi

samsung galaxy s3 mini specifications price review malaysia white blue colour
Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, Samsung secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar (smartphone) terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu Samsung Galaxy S3 Mini. Melihat kepada  rupanya, Galaxy S3 Mini ini bolehlah dianggap ‘adik’ kepada Samsung Galaxy S3 kerana rekabentuknya (design) yang sama. Galaxy S3 Mini ini dipasarkan sebagai telefon bimbit peringkat pertengahan (mid-range).

Spesifikasi Samsung Galaxy S3 Mini

Samsung Galaxy S3 Mini akan dikuasakan oleh pemprosesan 1GHz dwi-teras (dual-core), RAM sebesar 1GB dan memori dalaman (internal memory) sebesar 16GB. Telefon pintar ini turut menyokong penggunaan kad microSD sehingga 32GB sebagai ruangan memori tambahan.

samsung galaxy s3 mini screen
Skrin Super AMOLED Galaxy S3 Mini ini bersaiz 4.0 inci dengan resolusi 480 x 800 piksel. Telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android OS 4.1 Jelly Bean. Memandangkan ini merupakan telefon pintar keluaran Samsung, ianya juga turut dilengkapi dengan antaramuka Touch Wiz. Galaxy S3 Mini ini juga turut mempunyai teknologi NFC.

Samsung Galaxy S3 Mini ini dilengkapi dengan kamera belakang 5 Megapiksel dengan fungsi autofocus dan LED flash. Kamera hadapannya pula mampu merakam pada kualiti VGA.

samsung galaxy s3 mini back camera
Dimensi Galaxy S3 Mini ini bersaiz 121.55 x 63 x 9.85mm (panjang x lebar x tebal) dan seberat 111.5 gram termasuk baterinya. Bateri Li-ion telefon pintar ini berkapasiti 1500 mAh.

Tarikh dan Harga Samsung Galaxy S3 Mini Dipasaran

Menurut laman SamMobile, harga cadangan untuk Samsung Galaxy S3 Mini ini adalah sekitar €400 (sekitar RM1,587 di Malaysia). Harga tersebut adalah tinggi kerana Samsung Galaxy S2 dengan spesifikasi yang lebih tinggi kini dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga cadangan tersebut. Ini pastinya akan membuatkan peminat gajet teragak-agak untuk mendapatkan Galaxy S3 Mini itu. Diharapkan terdapat perubahan harga apabila gajet ini memasuki pasaran secara rasmi nanti.

Galaxy S3 Mini ini dikatakan akan memasuki pasaran pada minggu pertama bulan November 2012. Tidak dapat dipastikan samada maklumat ini adalah untuk pasaran Eropah sahaja atau turut meliputi pasaran global termasuklah di Malaysia.

Samsung Galaxy S3 Mini ditawarkan di dalam warna putih dan biru.

Apa pendapat anda mengenai Samsung Galaxy S3 Mini ini? Berminat? :-D

Sumber : SamMobile

Sukakan info ini? Kongsikannya dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet dan +1 dibawah.

About the author

wmhafiz wmhafiz merupakan pengasas Forum Kelab Webmaster iaitu sebuah forum komuniti online berbahasa Melayu untuk ahli-ahli berbincang dan berkongsi maklumat mengenai dunia webmaster dan blog. Penulis amat meminati semua perkara yang berkaitan dengan komputer, gajet, games dan Internet.

Posted in Android, Gajet | 21 Comments

21 Responses to Harga & Spesifikasi | Samsung Galaxy S3 Mini Diumumkan Secara Rasmi

  1. LOLA says:

    nampak menarik juga..kalau functin best cantek juga..~
    Post terkini di blog LOLA : Gila..!! Macam Mana Kereta Ni Boleh Parking Di Luar Balkoni Apartment Tingkat Tiga Ni..??My Profile

  2. wmhafiz says:

    A’ah. Rasanya nie smartphone yang gunakana nama mini yang paling besar setakat nie, hehe.

  3. Puan Gojes says:

    thanks for info ;) nampaknya kena buat perbandingan juga kalau nak grap si adik ni. hurm..
    Post terkini di blog Puan Gojes : Rahsia mendapatkan Buffered Earning Nuffnang : Fungsi Nofollow ke DofollowMy Profile

  4. puteri kasih says:

    harganya tak semini yang disangka…huhu
    Post terkini di blog puteri kasih : Aku WanitaMy Profile

  5. amlanblogger says:

    Mungkin ramai lebih suka samsung samsung s3 daripada mini kerana mempunyai function yang lebih cekap.
    Post terkini di blog amlanblogger : Demam pulak anakku mia kakakMy Profile

    • wmhafiz says:

      Betul tu bro. Kelebihan mini ni mungkin nanti pada harganya yang lebih murah lah. Tapi kalau harganya tak beza sangat, Galaxy S3 memang choice lagi baiklah.

  6. Bro Arez says:

    aisehh.. kalo ade jadual perbezaan secara nyata antara s3 & s3 mini leh buat keputusan on the spot nk kai yg mane.. pening pale nk pilih yg mane, masih dlm mode tunggu & lihat, tanak tersalah beli.. fizikal s3 mini agak ‘comfortably on palm’ dari s3.. org2 asia ni sesuai kai yg mini2 ni..

    • wmhafiz says:

      Kalau berkemampun nak beli S3, better beli S3. Lagi puas hati sebenarnya. Lagipun kalau nak tunggu S3 Mini nie masuk Malaysia, tak tau bila. Asyik duk tunggu, last2 tak terbeli, hehe.

  7. Amirez says:

    harga tak jauh beza dengan harga SII sekarang ni. kalau ketepikan Jelly Bean, baik beli SII hehe
    Post terkini di blog Amirez : Final Liga Malaysia – Kelantan vs ATMMy Profile

  8. shaza says:

    apa beza jelly bean dgn android yg lain2..?

  9. H says:

    skrang ni harga s3 mini brapa ehh??

    • Saifulbahri says:

      Skarang ni dah boleh dapat yang ori(sme)harga Samsung galaxy s3mini rm1099 berbaloi klau beli skarang sebab banyak persamaan dgan s3..hehehe

  10. shikin says:

    bape hrga tbaru smsung galaxi sIII Mini n smsung mini 2 …??

  11. fizahan says:

    S3 mini sama ke functionnya dgn S3?

  12. Nurul Jannah says:

    Harga terkini RM 1099
    banyak jugak persamaan dgn s3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge